fbpx

[VIDEO] Banjir mula memasuki pusat bandar Chukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat bandar Chukai, Kemaman sudah mula dinaiki banjir hari ini.

KEMAMAN – Situasi banjir di daerah ini semakin meruncing hari ini apabila aliran banjir sudah mula melimpah memasuki kawasan sekitar pusat bandar Chukai di sini.

Beberapa kawasan di bandar Chukai termasuk Taman Chukai Utama di sini mula dinaiki banjir mulai pukul 12 tengah hari.

Tinjauan juga mendapati penempatan yang terletak di pinggir bandar Chukai seperti Kampung Tanjung Moktat, Bandar Baru Bukit Mentok, Taman Alamanda, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Tempurung di sini telah ditenggelami banjir sepenuhnya.

Beberapa jalan yang di sekitar pusat bandar Chukai juga sudah mula dinaiki banjir sedalam hampir 0.2 meter hingga bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas malah beberapa premis perniagaan termasuk pasar raya dan restoran terpaksa
menutup operasi masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Hanafiah Mat berkata, air banjir dari bahagian hulu Kemaman seperti Paman dan Air Putih sudah mula mengalir ke muara sungai dan melimpahi kawasan-kawasan berhampiran kawasan sungai di pinggir bandar Chukai.

“Jalan Air Putih – Chukai yang merupakan antara laluan utama di daerah ini sudah tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

“Saya nasihat semua penduduk di penempatan terlibat agar berpindah segera demi keselamatan diri,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI