fbpx
ADAM mahu memburu podium dan mengakhiri saingan dalam kelompok lima terbaik keseluruhan pada Kejuaran Motosikal CEV Sepanyol musim ini.

Adam harap magis CEV sebelum bersaing ke pentas MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA negara, Adam Norrodin harap magis 2021 mampu memihak kepadanya dalam memastikan impian untuk beraksi pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2022 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing Team mampu menjadi kenyataan.

Adam meletakkan sasaran bersaing pada Moto2 musim 2021, namun sedar pandemik Covid-19 menyebabkan impian tergendala, namun pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu tidak mahu terburu-buru sebaliknya yakin peluang masih ada.

Pelumba berusia 22 tahun itu ditugaskan untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman semusim lagi pada saingan Kejuaran Motosikal CEV Sepanyol selain meletakkan harapan mampu meraih podium dalam perlumbaan nanti.

“Saya akan ke CEV semula pada musim ini. Sudah pasti sasaran saya berbeza iaitu mahu memburu podium dan meng­akhiri saingan dalam kelompok lima terbaik keseluruhan.

“Jika meraih keputusan terbaik pada CEV sudah pasti peluang saya untuk ke Moto2 sedikit cerah. Oleh itu, saya perlu bekerja keras dan peroleh keputusan yang terbaik sebelum ke MotoGP nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Baru-baru ini, prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali mendedahkan, dua pelumba negara iaitu Adam dan Syarifuddin Azman antara calon yang bakal beraksi pada MotoGP bagi musim 2022.

Menurut Razlan, kedua-dua pelumba itu berpeluang mengisi slot dalam saingan MotoGP sekiranya merekodkan keputusan cemerlang pada Kejuaraan CEV Eropah 2021.

Pada perlumbaan CEV musim lalu, Adam yang beraksi bersama pasukan Intact SIC Junior Team berjaya menduduki tempat ketujuh keseluruhan selepas mengutip 79 mata.

POPULAR

BERITA BERKAITAN