fbpx

Laluan LPT1 Kuantan-KL ditutup lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) Kuantan-Kuala Lumpur ditutup lagi selepas dilimpahi air susulan hujan lebat berterusan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Anih Berhad, Fazlyaton Hussein berkata laluan di Kilometer 84.6- Kilometer 84.7 di Lanchang itu ditutup sepenuhnya mulai pukul 11.30 malam semalam.

“Kawasan berkenaan dilimpahi air sedalam satu meter susulan hujan lebat dan pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan.

“Saranan alternatif ialah keluar persimpangan Lanchang-Felda Lakum – Bkt Damar – Mempaga – Chinta Manis -Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, laluan LPT1 di Kilometer 113 yang ditutup sebelum ini telah boleh dilalui oleh kenderaan.

Dalam pada itu, Fazlyaton berkata, pengguna dinasihati untuk mematuhi arahan petugas di lokasi.

” Ikuti laman rasmi media sosial Anih Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700,”ujarnya. K! 0NLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI