fbpx

Kerbau menari bersama wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seekor kerbau dan pemiliknya mencuit hati orang ramai dengan aksi menari bersama-sama di sebuah kandang di kawasan perkampungan, negeri Himachal Pradesh di India baru-baru ini, lapor portal berita India Today.

Satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan wanita berkenaan menari dan menyanyi sebelum memberi isyarat kepada haiwan itu untuk turut sama menari.

Berdasarkan rakaman, kerbau itu diselimuti kain pada bahagian belakangnya seolah-olah seperti seorang gadis memakai skirt.

Sebaik memberi isyarat, kerbau itu terus melompat seakan-akan menari hingga kain yang menutup bahagian belakangnya terlucut.

Klip sama menunjukkan ada sekumpulan penonton dewasa dan kanak-kanak berada dekat kandang berkenaan ketawa semasa melihat tarian itu.

Rata-rata netizen yang menonton video itu menerusi media sosial dan YouTube menyarankan agar wanita itu untuk terus ber­usaha menceriakan orang ramai.

“Perkara menakjubkan. Saya terhibur melihat aksi kerbau itu menari dan pada masa sama di­selimuti dengan kain.

“Terima kasih kerana merakam video ini. Teruskan menari dan menyayangi haiwan itu,” katanya.

Netizen lain berkata, keseronokan kanak-kanak ketawa melihat aksi kerbau itu menyentuh hati mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI