fbpx

Kanak-kanak maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dinaiki mangsa setelah kemalangan.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbalik di Kilometer 14.5 di  Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.29 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati sebuah kereta jenis Nissan Almera dikatakan terbabas sebelum terbalik.

“Empat mangsa dikatakan menaiki kenderaan itu. Tiga daripada mereka cedera manakala seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, lelaki dewasa, wanita dan seorang kanak-kanak yang cedera itu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.10 pagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI