fbpx

Coutinho terpaksa berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COUTINHO mengalami masalah kecederaan lutut yang memerlukan pembedahan menyebabkan dia terpaksa berehat untuk tempoh beberapa bulan. – AFP

BARCELONA – Barcelona terpaksa menerima hakikat kehilangan khidmat Philippe Coutinho untuk tempoh beberapa bulan selepas pemain tengah menyerang itu perlu melakukan pembedahan terhadap kecede­raan lutut kiri dialaminya ketika ini.

Bintang skuad antarabangsa Brazil itu mengalami masalah tersebut sewaktu menentang Eibar yang menyaksikan The Catalan sekadar seri 1-1 dalam aksi La Liga di Camp Nou pada Rabu lalu.

“Coutinho akan mengalami pembedahan meniskus di bahagian lutut kiri hari ini (semalam) oleh Dr. Joan Carles Monllau di bawah pemerhatian perkhidmatan perubatan pasukan.

“Pihak kami akan memaklumkan tempoh masa sebenar pro­ses pemulihan Coutinho sejurus selesai pembedahan tersebut,” menurut kenyataan rasmi daripada Barcelona.

Bagaimanapun, Coutinho dijangka tidak sempat turut serta dalam baki saingan La Liga musim ini kerana pemain berusia 28 tahun itu besar kemungkinan perlu mengambil masa sehingga April depan untuk pulih sepenuhnya.

Ia pastinya satu tamparan hebat buat ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman yang kini sudahpun kehilangan tiga pemain utama untuk satu tempoh masa panjang seperti Ansu Fati, Sergi Roberto dan Gerard Pique.

Sebagai rekod, Coutinho telah menjaringkan tiga gol daripada 14 perlawanan dalam semua kejohanan sejak kembali me­nyarung jersi Barcelona daripada gergasi Jerman yang juga juara Eropah, Bayern Munich musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI