fbpx

Khai Bahar ubati kesedihan menerusi lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khai Bahar.

PETALING JAYA – Tidak mahu melihat dan terus membiarkan orang ramai meratapi musibah angkara pandemik Covid-19, penyanyi Khai Bahar tampil dengan sebuah lagu berjudul Bangkit Semula yang mempunyai maksud tersendiri.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 27, menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagramnya berkata, lagu tersebut dihasilkan bagi memberi mesej positif kepada masyarakat berdepan cabaran mendatang.

“Lagu ini mengajak orang ramai agar melihat musibah, ujian dan tekanan hidup melalui perspektif yang positif.

“Setiap kegagalan dan ujian yang dilalui bukanlah penghujung kehidupan seseorang, tapi ini adalah proses awal untuk kita mengenggam sebuah kejayaan yang lebih bermakna,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tambah Khai yang popular menerusi lagu Luluh itu, dia turut meletakkan harapan dan menyeru masyarakat agar segera keluar daripada kesedihan menerusi cara berzakat dan bersedekah.

Difahamkan idea asal lagu tersebut tercetus menerusi kerja amal yang dilakukannya bersama pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Video muzik Bangkit Semula boleh ditonton menerusi YouTube Seventeen Eleven Music bermula 31 Disember.

Bangkit semula mendapat sentuhan komposer Adi Pawana dan lirik oleh Alun Cendana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI