fbpx

PKPP seluruh negara bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah serta lokaliti-lokaliti tertentu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengambil kira penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati peningkatan kes yang ketara dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan kerajaan bersetuju melanjutkan lagi PKPP.

“PKPP di seluruh negara yang sepatutnya tamat pada semalam dilanjutkan lagi bermula hari ini sehingga 31 Mac depan serta telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

“Justeru itu, segala prosedur operasi standard (SOP), di bawah PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuatkuasa yang diwartakan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI