fbpx

Lionmas Furnishers sumbang 1,200 periuk nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng Swee (dua kanan) menyerahkan sumbangan 1,200 periuk nasi kepada Avinderjit Singh di Johor Bahru, hari ini. Foto ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pemberian sumbangan 1,200 periuk nasi yang akan disampaikan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dibuat secara adil kepada penerima.

Sultan Ibrahim bertitah, sumbangan tersebut akan diagihkan ke seluruh daerah di negeri ini dengan mengenal pasti secara tepat golongan penerima.

Dalam masa yang sama, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Lionmas Furnishers (M) Sdn. Bhd. atas sumbangan tersebut kepada YSIJ.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Lionmas Furnishers di atas sumbangan periuk nasi kepada YSIJ.

“Satu surat penghargaan daripada saya akan disampaikan kepada mereka,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Lionmas Furnishers, Gan Cheng Swee kepada wakil Sultan Johor yang juga Ahli Pemegang Amanah YSIJ, Datuk Avinderjit Singh Harjit Singh.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI