fbpx

Ketua gengster Lima Warna diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan gambar ahli kongsi gelap Lima Warna pada sidang akhbar IPK Johor, Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Ketua kumpulan kongsi gelap Ngo Seik Kee Lima Warna diburu Polis Johor bagi membantu siasatan berhubung kejadian bunuh seorang penarik kereta, di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Sedenak, Kulai dekat sini 20 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang diburu dikenali sebagai Tan Kim Boon berusia 36 tahun dipercayai masih berada di negeri ini.

Menurutnya, alamat terakhir lelaki itu ialah di Jalan Putih, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat.

“Dalam siasatan kes ini, polis Johor telah menahan seramai 12 ahli geng Lima Warna sudah ditangkap.

“Susulan itu, semalam lima daripada mereka sudah didakwa mahkamah (Mahkamah Majistret Kulai) mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan bersama seorang masih bebas,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, suspek yang diburu disyaki merupakan dalang utama kejadian pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap yang aktif melakukan kegiatan menarik kereta yang lari daripada bayaran bank.

Pada 20 Disember lalu, seorang penarik kereta yang dikenali sebagai Ram ditemukan mati di dalam longkang di Kilometer 40.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, Kulai dekat sini.

Mangsa berusia 34 tahun itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan beberapa tetakan dan kecederaan pada anggota badan serta kepala.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI