fbpx

Sainz yakin kemampuan Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ menyertai Ferrari musim depan menggantikan Vettel yang tidak disambung kontraknya. – AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Carlos Sainz meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Ferrari pada musim depan meskipun pasukan Itali itu dilihat bergelut sepanjang perlumbaan 2020 selepas gagal meraih sebarang kemenangan.

Pelumba berusia 26 tahun, Sainz sah bergabung menyertai Ferrari musim depan selama dua musim untuk menggantikan tempat Sebastian Vettel.

Kehadiran Sainz diragui ramai pihak selepas Ferrari berdepan masalah dalam pembangunan jentera mereka, malah tidak mampu berasing kelompok teratas dan gagal untuk menembusi lima terbaik dalam siri perlumbaan musim 2020.

Situasi tersebut menyebabkan Vettel dan Charles Leclerc dianggap bukan pelumba pilihan untuk menjulang kemenangan 2020.

“Ferrari bukan pasukan yang merosakkan karier pelumbanya. Jika anda melihat perjalanan kerjaya Vettel ia sangat membanggakan kerana dia menghabiskan enam tahun bersama pasukan tersebut.

“Paling lama saya berada dalam satu pasukan adalah dua tahun, jadi jika Ferrari adalah pasukan yang merosakkan kerjaya pelumba bagaimana dengan pasukan lain?

“Fernando Alonso juga menghabiskan lima tahun di Ferrari. Sudah pasti saya ingin bersama Ferrari dan mewujudkan persekitaran yang baik di sana.

“Saya sudah mempunyai pe­ngalaman dalam pasukan sebelum ini dan saya ingin melakukan yang terbaik bersama Ferrari serta mengecapi kejayaan bersama mereka.

“Mengenai prestasi musim 2020 Ferrari, saya tidak mahu persoalkan. Mereka telah me­lakukan terbaik dan saya harap mampu melakukan lebih baik pada 2021,” kata Sainz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI