fbpx
KANGGARU tersebut mula menyerang ketika lelaki itu cuba mengusirnya dari halaman rumah mangsa. – Facebook

Lelaki rebah dibelasah kanggaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTH WEST ROCKS, Australia – Seorang bapa di Australia rebah selepas ditumbuk seekor kanggaru yang naik mi­nyak baru-baru ini, lapor akhbar DailyMail.

Serangan dirakam keluarga mangsa yang bernama Mitchell Robinson di South West Rocks, dalam negeri New South Wales. Klip video itu menunjukkan se­ekor kanggaru jantan melompat dan melepaskan tumbukan padu pada lelaki itu.

Kanggaru tersebut turut memukul mangsa dengan kaki dan menendangnya menyebabkan dia terpelanting ke tanah.

Robinson berkata, kanggaru besar itu berkeliaran di halaman rumah mereka untuk tempoh yang agak lama dan mula menggali lubang.

 

 

SEORANG bapa di Australia rebah akibat ditumbuk dan ditendang seekor kanggaru liar yang berkeliaran di hadapan rumahnya di negeri New South Wales, baru-baru ini. – Facebook

 

Bapa itu hanya ingin melin­dungi anak-anaknya daripada binatang tersebut yang mula bertindak agresif ketika cuba dihalau.

“Robinson hanya memandang kanggaru itu sebelum mengambil sesuatu untuk cuba menghalaunya.

“Sebaik sahaja dia cuba menghalau binatang itu, ia terus melompat dan mula menyerang Robinson,” kata rakan keluarga tersebut, Tina Grace Rowe kepada saluran berita 7News.

Grace turut mendakwa bahawa kanggaru itu sangat besar dan ganas.

Menurut keluarga Robinson, ‘pertarungan’ itu tidak adil kerana ayah mereka melawan kanggaru tersebut dengan satu ta­ngan kerana sebelah lengannya patah.

Nasib baik ayah yang penya­yang itu tidak mengalami kecederaan serius dalam serangan berkenaan. – Agensi