fbpx

Ibu tunggal didakwa menyamar ejen insurans tipu hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 19 pertuduhan menyamar sebagai ejen insurans, salah guna cek dan memalsukan tandatangan membabitkan nilai kerugian mencecah hampir RM1 juta.

MELAKA – Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 19 pertuduhan menyamar sebagai ejen insurans, salah guna cek dan memalsukan tandatangan membabitkan nilai kerugian mencecah hampir RM1 juta, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Loo Mei Lin, 48, yang merupakan seorang pengerusi sebuah syarikat pembinaan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah memperdayakan seorang wanita, Teh Eet Meng, 54, dengan menyamar sebagai seorang ejen insurans Allianz yang berdaftar bagi membeli 16 polisi sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM626,40.98.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Tertuduh juga didakwa di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan cek Citibank milik mangsa sama berjumlah RM93,500.

Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan empat sehingga 16, tertuduh didakwa telah memalsukan tandatangan milik penama Yap Soo Hui, 27, pada borang permohonan insurans Hayat Allianz.

Bagi tindakan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sekitar daerah Melaka Tengah antara November 2013 sehingga Julai 2015 dengan nilai keseluruhan kerugian berjumlah RM719,902.98.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad dan Mazuin Hashim mancadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira jumlah kerugian ditanggung mangsa adalah tinggi.

Peguam Nizam Bashir, Linda Phua dan Rajsurian Pillai yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal dan perlu menanggung tiga orang anak, selain menghidap penyakit jantung dan masalah kewangan akibat pandemik.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kesemua 19 pertuduhan dan menetapkan tarikh sebut semula pada 20 Januari depan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI