fbpx

25 kes Covid-19 dikesan di Pasar Awam Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 25 kes Covid-19 telah dikesan berkaitan Pasar Awam Banting yang ditutup bermula pukul 1 tengah hari hari ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya juga telah melakukan saringan terhadap 43 kontak rapat yang terdiri daripada ahli keluarga yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat akan melakukan saringan kepada 101 peniaga pasar awam itu, Khamis ini.

“Penutupan ini untuk proses disinfeksi dan saringan kontak dan yang berisiko,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau turut menjelaskan penutupan pasar awam itu yang bermula hari ini disebabkan ketidakpatuhan terhadap prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ini termasuk tiada kawalan penjarakan, rekod pembasmi kuman sebanyak tiga kali sehari dan saringan tanda gejala kepada pekerja,” tegasnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan Pasar Awam Banting, Kuala Langat ditutup sementara selama 10 hari bermula hari ini.

Penutupan bermula pukul 1 tengah hari itu menerusi notis yang ditampal di pasar awam itu mengikut Seksyen 18 (1)(d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Berikutan itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Datuk Amirul Azizan Abd Rahim dalam kenyataannya memaklumkan kerja-kerja semburan sanitasi awam akan dijalankan sepanjang tempoh penutupan premis tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI