fbpx

Jenazah bekas Ahli Parlimen Sri Gading dikebumi di Taman Nong Chik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Mohamad Aziz
Tan Sri Mohamad Aziz

Oleh ZULKIFLI MANZOR

PETALING JAYA – Jenazah bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Allahyarham Tan Sri Mohamad Aziz akan dikebumikan di Taman Nong Chik, Johor Bahru, Johor hari ini.

Anaknya, Syukur berkata, orang ramai yang ingin menziarahi majlis pengebumian dimohon mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Kami bagi pihak arwah ayah kami memohon ampun dan maaf di atas segalanya dan jika abah kami ada mempunyai hutang piutang boleh berjumpa kami untuk diselesaikan.

“Kepada sahabat handai dan saudara mara yang ingin berziarah sila lah ikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya menerusi satu kiriman WhatsApp.

Mohamad yang juga bekas Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia pada Khamis malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Difahamkan, Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia pada pukul 9.50 malam akibat sakit buah pinggang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI