fbpx

Henti kritik skuad projek FAM-MSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARTAWAN EKSEKUTIF, MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

PADA 10 Disember lepas, persoalan mengenai kemunculan semula­ skuad ‘ala’ Harimau Muda yang pernah memeriahkan saingan Liga Malaysia pada 2007 hingga­ 2015 akhirnya terjawab dengan pengenalan Skuad Projek Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN).

Bagaimanapun, pengumuman itu dipandang sinis oleh pemerhati sukan tanah air dengan menyatakan kehadiran Skuad Projek FAM-MSN sebagai langkah ‘lapuk’.

Malah, bukan itu sahaja, ada juga yang mengkritik tindakan untuk melantik pengendali muda tempatan yang juga bekas pemain Harimau Malaya, Yusri Che Lah adalah tindakan yang salah.

Cuma, adalah sebaiknya jika kita memandang daripada sudut positif kerana kehadiran Skuad Projek FAM-MSN ini adalah sebagai langkah jangka panjang bagi kebaikan bola sepak negara.

Timbalan Presiden FAM me­rangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Belia FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, program itu dikembalikan bagi memenuhi hasrat agenda nasional dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain bawah 20 tahun (B-20) yang berkualiti.

“Formula membentuk skuad di peringkat akar umbi ini adalah sangat bagus memandangkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah melahirkan ramai pemain tetapi ada dalam kalangan mereka masih tercari-cari pasukan.

“Justeru, Skuad Projek FAM-MSN ini menjadi platform buat mereka yang gagal mendapat kontrak dengan pasukan berstatus kelab sekali gus menghidupkan karier sebagai pemain bola sepak profesional,” katanya.

Mengulas lanjut, Subahan percaya motivasi barisan pemain Skuad Projek FAM-MSN tidak akan hilang walaupun tiada sasaran spesifik diberikan kepada mereka untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

“Saya rasa semangat untuk memenangi perlawanan tetap akan dipupuk oleh barisan kejurulatihan walaupun status pasukan yang tidak akan beraksi dalam Piala Malaysia, Piala FA serta tidak boleh dipromosikan ke pentas Liga Super musim depan adalah muktamat.

“Sebagai pasukan berkonsepkan pembangunan, pemain akan berusaha untuk merebut tempat dalam skuad utama.

“Malah, peluang untuk ber­saing di peringkat kompetitif Liga Premier dengan menentang barisan pemain import berkualiti juga akan memberikan pendedahan positif buat mereka,” katanya lagi.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Azman Adnan turut menggesa agar semua pihak memberikan sokongan buat Yusri­ untuk melaksanakan tugasnya.

Kata Azman, pemilihan bekas pengendali pasukan Kelantan itu diputuskan bagi memastikan kemajuan skuad muda itu yang bakal dibarisi 30 graduan NFDP dan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.

“Ada sesetengah pihak suka ada yang tidak suka (pemilihan Yusri). Bagilah beliau peluang untuk menabur bakti.

“Kalau beliau tidak berjaya, baru kita cakap soal tukar ganti dengan individu lain. Tetapi yang penting jangan terlalu awal (­menghukum), kita belum cuba tetapi sudah bercakap. Jadi kita beri dia peluang dulu,” katanya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Penolong Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee baru-baru ini turut mempertahankan pelantikan Yusri selain menyifatkan kecen­derungan mengetengahkan bakat muda menjadi antara faktor pemilihan pengendali berusia 44 tahun itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI