fbpx

Remaja perempuan dimakan singa ketika keluar ke tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada 19 September 2019 menunjukkan seekor singa jantan, Ambar dalam Taman Zoologi Kamla Nehru di Ahmedabad. - AFP/Gambar Hiasan

NEW DELHI – Seorang remaja perempuan maut dibaham dua ekor singa ketika dia ke tandas luar rumah di sebuah ladang di India, kata pihak berkuasa.

Bhavna Baria, 14, dipercayai dibaham singa jantan yang berkeliaran di kawasan perkampungannya beberapa hari lalu.

Renjer hutan berkata, Bhavna diserang semasa keluar membuang air pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan), Isnin lalu di sebuah ladang di daerah Junagadh, Gujarat.

Akhbar The Sun UK kelmarin melaporkan, mangsa yang tinggal di Kampung Dhanfuliya keluar bersama sepupunya, Rekha sebelum singa itu tiba-tiba muncul lalu menerkamnya.

“Semsa singa menyerang, Rekha melompat ke dalam tangki air berhampiran. Singa itu berjaya membaham Bhavna dan membunuhnya sebelum me­nyeret mayat gadis itu ke ladang berhampiran dan memakan sebahagian badannya.

“Kakitangan kami bergegas ke lokasi kejadian dan berusaha menyelamatkan mangsa, namun gagal. Mereka cuma mendapatkan semula mayatnya,” kata Timbalan Pelestari Hutan Gir Somnath, Ushman Nanavati kepada akhbar The Indian Express.

Rekha dilaporkan menjerit meminta pertolongan daripada penduduk berhampiran semasa serangan berlaku.

Ketua Polis Vanthali, Konstabel Shailesh Sondarva berkata, haiwan pemangsa itu dihalau dari lokasi kejadian selepas setengah jam insiden berlaku.

“Pada ketika itu, dua ekor singa berkenaan memakan bahagian bawah badan gadis itu,” katanya.

Dhanfuliya terletak kurang daripada 20 kilometer dari sempadan Santuari Hidupan Liar Girnar, satu kawasan hutan di­lindungi yang merupakan habitat kawanan singa itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI