fbpx

TLDM nafi laporan berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan laporan berita berhubung ‘Pesara Pasukan Khas Laut (PASKAL) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita warga emas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan’ baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TLDM, pesara tersebut bukan anggota PASKAL dan tajuk yang disensasikan oleh agensi media berkenaan adalah tidak tepat yang boleh menjejaskan imej bekas warga TLDM dan PASKAL.

“Anggota yang dimaksudkan memasuki perkhidmatan TLDM pada Julai 1995 dan pernah mengikuti kursus asas PASKAL tetapi gagal menamatkan kursus tersebut sebelum diberhentikan daripada perkhidmatan TLDM pada April 1997 selepas hanya dua tahun berkhidmat kerana masalah disiplin.

“TLDM meminta agar pembetulan dibuat oleh pihak media berkenaan serta pentadbir akaun media sosial yang menggunakan berita daripada sumber agensi media berkenaan kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan mencalar imej TLDM,” jelas kenyataan tersebut di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI