fbpx

Berbikini pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Scha Elinnea mengundang perhatian apabila memuat naik video throwback menampilkan imej seksi melampau dirinya baru-baru ini.

Tiga hari lepas, Diva terima satu mesej daripada insan tidak dikenali dalam media sosial.

Kandungan mesej tersebut tertulis: “Semakin seksi!” yang disertakan bersama tangkap layar dua keping gambar seorang pelakon baharu semakin meningkat naik, Scha Elinnea.

Terkejut juga ketika lihat foto tersebut sebab memaparkan penampilan Scha yang sangat seksi.

Difahamkan, foto tersebut ditangkap layar daripada video ‘throwback’ yang dimuat naik oleh Scha sendiri.

Dalam video tersebut, kelihatan Scha memakai baju seperti pakaian mandi (bikini) yang mendedahkan sebahagian besar bahagian dadanya.

Jujurnya memang tidak sangka pula tahap seksi pelakon cantik itu sehingga memakai pakaian sebegitu.

Sebenarnya, Diva pun tidaklah kisah dia hendak memakai fesyen bagaimana sekali pun, asalkan pandai menjaga diri. Kita doakan yang baik-baik sahajalah untuk Scha ya.

DIVA: Ramai mengandaikan nasib Cliff Umar akan sama seperti juara Gegar Vaganza musim terdahulu yang kurang menyerlah. Harap tekaan ramai itu salah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI