fbpx

Tanda aras komedi tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUZIKAL Lawak Superstar

TAHUN lalu kumpulan J-born yang dianggotai oleh Khir Rahman, Joey Daud dan Vicha diangkat sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim pertama terbitan Astro Warna.

Melihat sambutan yang baik daripada penonton, Astro sekali menganjurkan MLS bagi musim kedua yang akan dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 18 Disember ini.

Program yang sarat dengan gelak tawa tersebut menggandingkan 14 buah kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti berbeza cabang industri hiburan termasuklah, pelakon, penyanyi dan personaliti.

MLS yang bersiaran selama 12 minggu akan dikemudikan dua pengacara sensasi dalam industri iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlien.
Lebih menarik lagi, legenda rock tanah air, Datuk Awie kembali menyarung jersi juri tetap ditemani pelakon jelita, Nur Fazura dan aktor Zul Ariffin.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd. Salleh berkata, penganjuran MLS untuk musim kedua adalah satu kebanggaan bagi pihak Astro.

“Hasil kejayaan MLS musim pertama tahun lalu serta penganjuran The Masked Singer Malaysia yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, kami melihat perkembangan yang memberangsangkan terhadap genre komedi muzikal.

ELLY MAZLEIN

“Ini menjadi dorongan untuk kami selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air terus menghasilkan kandungan yang lebih segar dan berkualiti demi menepati kehendak penonton.

“Dengan penglibatan nama-nama besar seperti Awie, Fazura, Zul Ariffin, Shah Slam, Nabil Ahmad, Elly Mazlien dan ramai lagi, besar harapan kami musim terbaharu ini bakal mendapat sambutan seterusnya mencatatkan penanda arasnya yang tersendiri, sekali gus mengukuhkan lagi jenama MLS sebagai program utama industri hiburan.

Sementara itu, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom meluahkan rasa bangga dan teruja apabila dipilih untuk mengacarakan MLS bersama Nabil.

“Dahulu saya seorang daripada peserta dalam kumpulan Libra yang dianggotai Bell Ngasri dan Rahim Sepahtu. Alhamdulilah, tak sangka nama saya ‘naik’ lagi untuk musim kedua tetapi kali ini berperanan sebagai pengacara bersama Nabil.

NABIL AHMAD

Popular

“Semestinya saya berbesar hati dan berterima kasih kepercayaan yang amat besar ini. Saya yakin dengan bantuan Nabil, semua akan berjalan dengan baik dan saya harap dapat buat yang terbaik untuk program MLS nanti,” kata Elly.

Antara selebriti yang terlibat pada musim terbaharu termasuklah, Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan As’ari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas.

Setiap kumpulan akan diberikan tiga hingga lima minit untuk melakukan persembahan berdasarkan tema lokasi yang ditentukan seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya.

ZUL ARIFFIN

Dalam pada itu, pemilihan Zul selaku juri tetap bagi program MLS dilihat bertepatan dengan statusnya sebagai pelakon lelaki popular yang berpengalaman bagi menilai seni persembahan setiap peserta.

“Sebelum ini tiada sesiapa yang pernah mempelawa saya untuk menyertai program lawak kerana mungkin mereka berpendapat saya tidak berminat.

“Tetapi sejujurnya, saya suka tonton rancangan berbentuk komedi dan apabila tawaran untuk menjadi seorang daripada juri MLS, saya anggap ini satu peluang keemasan untuk terlibat dengan program sebegini,” ulasnya yang tidak sabar untuk duduk di kerusi penjurian dan menonton persembahan peserta.

Penonton juga berpeluang menentukan nasib artis pujaan mereka kerana 50 peratus markah diberikan juri tetap dan bakinya ditentukan peminat.

Juara MLS akan membawa pulang wang tunai RM150,000. Penganjur juga akan mendermakan RM10,000 kepada badan kebaijkan yang terpilih.

Sementara tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM75,000 dan RM50,000. Pemenang tempat keempat pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Program MLS akan bersiaran di Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI