fbpx

K2

Rekaan premium Oppo A73 dengan tekstur belakang bak kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPPO A73 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu biru dan oren.

PASARAN telefon pintar di negara ini begitu pantas berkembang berikutan banyak syarikat pengeluar mempertaruhkan peranti masing-masing sekali gus memberi pelbagai pilihan kepada pengguna.

Oppo merupakan syarikat yang tidak ketinggalan untuk berbuat demikian dengan melancarkan telefon pintar Oppo A73.

Peranti kelas pertengahan itu ditawarkan pada harga mampu milik dan dilengkapi dengan teknologi terkini.

Mempunyai reka bentuk yang elegan yang mana tekstur bahagian belakang peranti itu seumpama kulit, elemen tersebut nyata membuatkan penampilan Oppo A73 kelihatan lebih premium.

Memiliki berat hanya 163 gram, peranti itu didatangkan dengan saiz paparan sebesar 6.44 inci FHD OLED serta mempunyai fungsi skrin ultra HD 1080P.

Walaupun digunakan di bawah sinar matahari, peranti tersebut secara automatik akan menyesuaikan kecerahannya bagi memastikan kejelasan skrin.

Peranti ini juga dijana dengan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 622 dan dilengkapi dengan memori 6GB RAM serta storan dalaman sebesar 128GB sekali gus memastikan prestasi yang lebih lancar.

Dalam pada itu, Oppo A73 didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 4015 mAh yang menawarkan ketahanan bateri sehingga 9.7 jam lebih lama.

Dengan mod penjimatan kuasa yang ada pada peranti ini, ia mampu memanjangkan hayat bateri dalam situasi kecemasan selain dapat mengurangkan penggunaan kuasa ketika tidak digunakan.

Bagi mereka yang gemar merakam gambar dengan telefon pintar, Oppo A73 dilengkapi dengan empat fungsi kamera iaitu kamera utama 16MP, sudut lebar 8MP, monokrom 2MP dan retro 2MP.
Peranti ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu oren dan biru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI