fbpx

Verstappen berjaya tawan Yas Marina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mencipta kejutan muncul juara pada GP Abu Dhabi yang merupakan perlumbaan penutup tirai di Litar Yas Marina kelmarin.

ABU DHABI – Pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen mencipta kejutan apabila muncul juara Grand Prix (GP) buat kali kedua musim ini selepas mudah mendominasi perlumbaan terakhir Formula Satu (F1), GP Abu Dhabi di Litar Yas Marina kelmarin.

Pada perlumbaan itu, Verstappen yang baru berusia 23 tahun dilihat tidak mempunyai masalah untuk menguasai kedudukan podium dengan menafikan cabaran dua jaguh Mercedes, Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton.

Kata Verstappen, kemenangan yang dilakar itu memberi petanda positif buat pasukan dalam usaha melakukan persiapan lebih rapi bagi saingan musim depan sekali gus memecah dominasi Mercedes musim ini.

“Secara jujur, ini adalah penamat yang cukup indah buat pasukan bagi menutup saingan musim ini. Saya anggap keputusan ini adalah hasil kerja keras seluruh tenaga kerja Red Bull tahun ini.

“Malah, jentera yang dibekalkan untuk perlumbaan ini cukup jitu meskipun ada masalah tayar pada pertengahan saingan tetapi ia tidak memberikan masalah ketara,” kata pelumba kelahiran Belanda itu.

Sementara itu, ketua pasukan Red Bull, Christian Horner sangat berbangga dengan pres­tasi dipamerkan Verstappen selain menganggap apa yang dilakukannya amat terbaik sejak mewakili pasukan itu pada musim 2016.

“Kali ini kita dapat lihat sisi matang pemanduan Verstappen kerana dia mempunyai setiap jawapan walaupun diberi tekanan hebat pelumba Mercedes, Bottas dan Hamilton untuk mengungguli perlumbaan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI