fbpx

Maqis perlu lebih anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (tengah) menyertai pemeriksaan dijalankan Maqis di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor malam tadi.

ISKANDAR PUTERI – Pembongkaran penyeludupan daging sejuk beku tanpa permit dan sijil halal ke negara ini menyaksikan terdapat keperluan mendesak bagi pertambahan perjawatan baharu agensi yang mengawal kemasukan barangan dagangan berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis), Dr. Azhari Sharidan Abu Bakar berkata, jabatan itu berdepan masalah kekurangan anggota untuk menjalankan penguatkuasaan.

Katanya, ketika ini pihaknya dianggotai seramai 467 pegawai yang bertanggungjawab menjaga 57 pintu masuk negara di semenanjung Malaysia.

Ketika ini, kita memang menghadapi masalah sebab pegawai kita tidak ramai untuk memeriksa kemasukan barangan di pintu masuk.

“Kita ada memohon pertambahan lebih 100 penjawatan baharu tahun lalu dimana baru-baru ini telah diluluskan sebanyak 82 penjawatan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan namun jumlah itu masih kurang daripada keperluan jabatan ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, di sini malam tadi.

Sidang akhbar berkenaan dibuat ekoran Program Lawatan Kerja oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Awal bulan lalu, Maqis mengetuai serbuan terhadap sebuah kilang yang menyeludup masuk daging sejuk beku dari luar negara untuk dibungkus semula yang diletakkan logo halal palsu untuk dipasarkan di negara ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI