fbpx
Mohd. Haki (kanan) menunjukkan kesan kemek pada kereta Proton Inspira dipercayai selepas suspek merempuh pagar sebuah rumah di Taman Perumahan Mak Chili pada sidang akhbar di IPD Kemaman hari ini.

Buat kecoh sebelum memandu secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Penarik kereta yang memandu secara berbahaya di Jalan Air Putih di sini pada kelmarin dipercayai telah menimbulkan kekecohan di sebuah rumah penduduk di Taman Perumahan Mak Chili di sini sebelum itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 31 tahun itu disyaki telah pergi ke sebuah rumah di taman perumahan tersebut untuk menarik sebuah kereta penduduk.

“Begitupun suspek tidak mendapat kerjasama baik daripada pemilik kereta itu menyebabkan dia berang lalu dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah terbabit sebelum membaling batu hingga memecahkan cermin kenderaan berkenaan.

“Suspek kemudiannya disyaki melanggar pagar rumah tersebut dengan kereta Proton Inspira dipandunya sebelum ditemui kereta peronda polis dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat Mak Chili tidak lama kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, pemeriksaan juga mendapati kad autoriti Ejen Perolehan Semula yang membolehkan suspek berkhidmat sebagai penarik kereta juga telah tamat tempoh pada bulan Ogos lalu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu lelaki berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan penarik kereta tersebut melakukan aksi berbahaya memandu kereta Proton Inspiranya secara mengundur setelah dikejar kereta peronda polis di Jalan Air Putih, Chukai di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN