fbpx

546,755 unit rumah mampu milik siap dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA – Sebanyak 55,496 unit rumah mampu milik telah siap dibina di seluruh negara sehingga 30 Jun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, secara keseluruhan 546,755 unit rumah mampu milik dirancang dibina bermula tahun 2018.

“Sebanyak 163,337 unit rumah mampu milik masih dalam pembinaan. Sebanyak 327,922 unit lagi dalam perancangan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP Tanjong) berhubung pembinaan rumah mampu milik.

Sementara itu, Zuraida berkata, sebanyak 32 daripada 94 projek perumahan dibawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah dihentikan.

Menurut beliau, peruntukan untuk projek itu telah dihentikan sejak tahun 2016 dan baki projek itu diteruskan secara berperingkat menerusi model berbeza. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI