fbpx

Hampir semua jemaah tabligh dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin (tengah) menyerahkan mesin cecair pembasmi kuman kepada Mohd. Zulkarnain di Balai Polis Sungai Besi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Hampir semua daripada sekitar 200 rakyat Malaysia yang terkandas di India telah selamat dibawa pulang ke negara ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, sehingga kini terdapat kurang daripada 10 individu sahaja yang masih ditahan di India.

“Mereka ini ditahan di beberapa negeri yang mengamalkan peraturan kehakiman yang berbeza-beza.

“Bagaimanapun, majoritinya telah berjaya kita usahakan untuk dibawa pulang, hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi masih di sana,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar program penyerahan sumbangan mesin cecair pembasmi kuman dan apron kepada Ketua Balai Polis Sungai Besi, Inspektor Mohd. Zulkarnain Illyas dan wakil penjaja Pekan Sungai Besi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI