fbpx

MB Inc agih kotak makanan kepada masyarakat Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN Mb Inc dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak dan Kedah mengagihkan kotak makanan kepada masyarakat Orang Aslindari empat buah kampung di Lenggong semalam. FOTO IHSAN MB INC

LENGGONG – Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) meneruskan bantuan membantu masyarakat Orang Asli yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dengan menyumbangkan kotak makanan membabitkan empat perkampungan Orang Asli di sini semalam.

Kampung yang terlibat adalah Kampung Sungai Karah membabitkan 18 penduduk, Kampung Takong (9), Kampung Air Bah 1 (41) dan Kampung Air Bah 2 membabitkan 25 penduduk.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, MB Inc sebagai sebuah entiti korporat di bawah kerajaan negeri sedaya-upaya membantu golongan yang terkesan dengan Covid-19 melalui program tanggungjawab korporat sosial (CSR).

“Sebelum ini MB Inc telah menyumbangkan kotak makanan kepada golongan sasar di seluruh Perak termasuk beberapa buah kampung Orang Asli.

“MB Inc akan meneruskan sumbangan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan beban mereka ketika seluruh negara dan dunia berdepan musibah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, agihan sumbangan dilakukan sendiri oleh kakitangan MB Inc dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak dan Kedah.

Katanya, sumbangan kotak makanan itu merupakan antara inisiatif MB Inc membantu meringankan beban kira-kira 10,000 keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, inisiatif yang dilaksanalan itu juga adalah bagi menyahut seruan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya anak syarikat kerajaan negeri sentiasa proaktif dalam membantu golongan sasar yang memerlukan pembelaan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI