fbpx

Kaunter KWSP dibuka seperti biasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa, bermula esok (2 Disember).

KWSP melalui satu kenyataannya hari ini berkata, semua perkhidmatan kaunter dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

“KWSP akan terus mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib di semua cawangan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli yang ingin berurusan di cawangan KWSP hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu),” katanya.

Terdahulu, kaunter KWSP dibuka hanya separuh hari iaitu pada pukul 8.30 pagi sehingga 2 petang bagi mengatasi penularan pandemik Covid-19.

Tambahnya, bagi maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI