fbpx

Ambank catat keuntungan lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – AMMB Holdings Bhd. (AmBank Group) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti 15.3 peratus lebih rendah kepada RM602.5 juta bagi tempoh separuh tahun kewa­ngan pertamanya berakhir 30 September 2020.

Nilai tersebut berbanding RM711 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat 5.3 peratus kepada RM2.247 bi­lion daripada RM2.133 bilion, manakala pembiayaan kasar bertumbuh tiga peratus kepada RM110.6 juta, dipacu perbankan perniagaan dan runcit.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pertambahan kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini me­nimbulkan ketidaktentuan yang memburukkan lagi kedudukan ekonomi dan memberikan cabaran kepada proses pemulihan.

“Di tengah-tengah krisis kesihatan dan makro ekonomi pada separuh pertama tahun kewangan 2021, Kumpulan telah memberikan prestasi berdaya tahan dengan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan sebelum peruntukan masing-masing meningkat 5.3 peratus dan 9.8 peratus.

“Keuntungan bersih Kumpulan pada separuh pertama berjumlah RM602.5 juta hasil daripada peruntukan makro tambahan yang diambil.

“Tidak termasuk kerugian pengubahsuaian bersih dan peruntukan makro, keuntungan bersih Kumpulan berjumlah RM791.9 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 11.4 peratus,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya semalam.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, pihaknya telah mencapai lebih setengah juta pelanggan bagi menawarkan bantuan pembayaran pinjaman dan setakat 13 November lalu, jumlah keseluruhan bantuan pembayaran balik yang diberikan ialah RM11.7 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI