fbpx

PPS terakhir di Kedah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Batu 5, Lunas membersihkan rumah selepas kawasan itu dilanda banjir kilat pada Sabtu lalu.

KULIM – Keadaan banjir di Kedah pulih apabila satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka iaitu Masjid Sungai Seluang dalam mukim Sungai Seluang ditutup hari ini.

PPS yang menempatkan seramai 106 mangsa banjir daripada 32 keluarga sejak Sabtu lalu itu ditutup pada pukul 2 petang ini.

Pegawai APM Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berkata, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu berkurangan kepada 30 orang hari ini apabila ramai yang pulang ke rumah masing-masing.

“PPS Masjid Sungai Seluang ditutup pada pukul 2 petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan lima daripada enam PPS yang dibuka di daerah Kuala Muda dan Kulim susulan kejadian banjir kilat ditutup pada semalam.

Tiga PPS di Kuala Muda yang ditutup ialah Masjid Al Abrar Taman Peruda, Surau Kampung Haji Wahab dan Dewan Masjid Al-Huda Kampung Jerung.

Sementara penutupan dua PPS di Kulim melibatkan PPS Surau Taman Sang Kancil dan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI