fbpx

Bakal Presiden AS cedera di kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan yang membawa Joe Biden dengan iringan Perkhidmatan Rahsia tiba di Klinik Pakar Ortopedik di Newark, Delaware di Amerika Syarikat semalam, - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Joe Biden terpaksa dibawa bertemu doktor selepas beliau mengalami kecederaan kaki semasa bermain dengan anjing peliharaannya semalam.

Biden yang berumur 78 tahun,  dilaporkan tergelincir semasa bermain dengan Major dan kaki kanannya didapati terseliuh. 

 Major ialah salah satu daripada dua ekor anjing jenis German Shepherd yang dipelihara Biden.

“Presiden yang dipilih Joe Biden terseliuh kaki kanan,” kata Dr. Kevin O’Connor dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Biden.

Doktor itu mengesahkan ‘tiada tanda keretakan ketara’ tetapi bekas naib presiden AS itu akan menjalani pemeriksaan imbasan Tomografi Berkomputer (CT) untuk memeriksa kecederaannya.

Biden dijangka mengangkat sumpah pada 20 Januari ini dan bergelar presiden paling tua dalam sejarah AS.

Pegawai-pegawai Biden pula menyatakan Major akan menjadi anjing penyelamat pertama tinggal di White House. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI