fbpx

Tujuh kontena susu tepung disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian susu tepung yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita tujuh buah kontena mengandungi lebih 191 tan susu tepung ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, operasi kira-kira pukul 5.45 petang itu dibuat selepas pihaknya mendapati produk berkenaan cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat mengikut Permit Import Maqis.

“Terdapat tujuh kontena yang mengandungi susu tepung dari Ireland dan Belanda ditahan bagi siasatan lanjut kerana didapati tidak mematuhi syarat tersebut.

“Barang dagangan sebanyak 7,660 paket dengan berat keseluruhan kira-kira 191,500 kilogram itu dianggarkan bernilai RM1,995,662.60,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya melakukan siasatan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI