fbpx

Padah bawa pokok pisang guna Toyota Vios

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di Facebook seorang pemandu membawa muatan sebatang pokok pisang di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pemandu lelaki membawa muatan sebatang pokok pisang ketika memandu di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai semalam mengundang padah apabila dia dikenakan tindakan saman hari ini.

Bukan itu sahaja, pemandu berusia 30 tahun itu turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini bagi menyelesaikan kes-kes saman lampau yang berstatus waran tangkap dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,200.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam menjadi tular di media sosial selepas satu video dimuat naik di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS sebelum tindakan susulan diambil.

Beliau berkata, dalam video berdurasi 54 saat itu menunjukkan sebuah kereta Toyota Vios yang membawa sebatang pokok pisang dalam keadaan melintang sehingga menghalang pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis telah menghubungi pemilik kereta yang berada di Singapura itu pada 7.15 malam dan anak pemilik kenderaan berkenaan telah hadir ke balai menaiki kereta tersebut pada pukul 8.30 malam.

“Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik kereta itu, kenderaan tersebut dipandu oleh sepupunya yang telah membawa pokok pisang tersebut untuk tujuan upacara keagamaan di kawasan Mutiara Rini.

“Pada pukul 9.30 pagi tadi, pemandu kereta Toyota Vios itu telah hadir ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri. Pemandu telah dikeluarkan saman di bawah Kaedah 20 LN 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu tersebut memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman non-compoundable (NC)’.

Katanya, kereta itu disita di bawah Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.

“Kereta itu disita sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI