fbpx

Empat penyamun termasuk dua remaja diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas.

KLANG – Tindakan pantas polis berjaya memberkas empat penyamun termasuk dua remaja dalam tempoh sembilan jam menerusi dua serbuan berasingan di daerah ini, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 18 hingga 27 tahun dicekup bermula pukul 5.30 petang pada Khamis lalu selepas menyamun seorang pekerja kilang warga Nepal pukul 8.20 pagi hari sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima laporan daripada mangsa yang merupakan seorang lelaki disamun wang tunai RM270, dua buah telefon bimbit pelbagai jenama dan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) di Bayu Perdana di sini.

Kata beliau, bertindak laporan itu kemudiannya memberkas seorang suspek di Taman Sentosa pukul 5.30 petang.

“Soal-siasat membawa kepada penahanan tiga lagi suspek di sebuah rumah di Jalan Meru setengah jam selepas itu.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia selain sepasang pakaian celoreng Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), sehelai baju tentera, radio walkie-talkie dan empat telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keempat-empat suspek mengaku terlibat kes samun warga Nepal berkenaan.

Shamsul Amar menambah, salah seorang suspek turut mengaku mencuri pakaian Rela milik bapa saudaranya untuk aktiviti tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati mereka baharu bergiat aktif dua minggu lalu dengan menyewa kereta serta menyasarkan warga asing yang berjalan bersendirian.

“Semakan juga mendapati tiga daripada suspek memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua suspek direman enam hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI