fbpx

Laman eBay jual kereta perisai era Perang Dingin, Alvis Saladin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA PERISAI era Perang Dingin yang masih berfungsi ini boleh dimiliki orang awam pada harga RM389,302. – eBay

LONDON – Sebuah kereta perisai era Perang Dingin jenis Alvis Saladin yang masih berfungsi boleh dibeli di platform jualan eBay pada harga £71,500 (RM389,302), lapor akhbar The Sun.

Kereta perisai itu dilengkapi meriam 76 milimeter dan dua mesingan jenis Browning yang masih boleh melepaskan tembakan.

Kenderaan tentera buatan Britain itu menggunakan enjin lapan silinder Rolly-Royce dan adalah antara 1,200 kereta perisai yang dibina dari tahun 1958 hingga 1972.

Kereta perisai yang dijual di eBay itu dijumpai oleh seorang peminat barangan perang dari Amerika Syarikat (AS).

Pemilik asalnya mengambil masa empat tahun untuk mengubah suai dan membai­ki kenderaan itu.

Pemilik laman web ketenteraan Tanks-Alot yang berpangkalan di Northampton, Nicki Mead berkata, kenderaan bersenjata Saladin itu berada dalam kondisi terbaik.

“Saya pernah membawanya bersiar-siar di jalan desa di Kent dan ia hebat dipandu.

“Jika pemilik boleh mendapat lesen penggunaan senjata api, mereka boleh menembak peluru meriam yang ada dalam jarak ditetapkan,” katanya.

Kereta perisai seberat 10,523 kilogram itu boleh mencapai kelajuan 72 kilometer sejam. Ia lulus untuk kegunaan di jalan raya di negeri Tennessee Amerika Syarikat, namun tidak jelas sama ada negara lain membenarkan kenderaan  tentera digunakan di jalan awam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI