fbpx

Kucing ‘sopan’ ikut tuan pergi kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ba Dun tidak mengeluarkan sebarang bunyi sepanjang bersembunyi di bawah meja Wen ketika kelas berlangsung. - Douyin/BD20191125

BEIJING – Seekor kucing comel dipuji netizen kerana berkelakuan baik apabila mengikut tuannya ke kelas di sebuah universiti di bandar Xi’an, yang terletak di barat laut China.

Kucing bernama Ba Dun itu dibawa tuannya, Wen ke kelas minggu lalu selepas ‘merengek’ mahu mengikutnya ketika gadis itu sedang bersiap.

“Dia menggeselkan badan ke kaki dan memberikan saya renungan sedih kerana mahu saya bermain dengannya,” kata Wen kepada akhbar Daily Mail.

“Saya tidak sampai hati meninggalkan dia keseorangan di rumah jadi menyembunyikannya di dalam beg,” katanya.

Video yang dimuat naik Wen di platform Douyin menunjukkan kucing baka Munchkin itu langsung tidak mengeluarkan bunyi semasa diletakkan di bawah meja sepanjang kelas berlangsung.

Ba Dun berkelakuan baik sepanjang kelas tuannya berlangsung. – Douyin/BD20191125

Tambah Wen, kucingnya diberi nama Ba Dun yang bermaksud lapan hidangan kerana memiliki selera besar. 

“Jika saya meninggalkan dia di rumah, pasti saya tidak boleh menyediakan lapan hidangan untuk Ba Dun seperti biasa,” ujarnya.

Nama Ba Dun bermaksud lapan hidangan kerana kucing ini mempunyai selera besar. – Douyin/BD20191125

Video itu sudah diulang siar di Douyin, aplikasi seakan akan TikTok sebanyak 300 juta kali sejak Wen memuat naiknya pada Ahad lepas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN