fbpx

Beg tangan termahal berharga RM29 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parva Mea didakwa beg tangan paling mahal di dunia dan mengambil masa 1,000 jam untuk disiapkan. – Boarini Milanesi

LONDON – Sebuah jenama aksesori mewah Itali melancarkan beg tangan paling mahal di dunia yang akan dijual pada harga £5.3 juta (RM29 juta), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Boarini Milanesi yang berpusat di Bologna akan menghasilkan hanya tiga beg Parva Mea itu dengan setiap satu mengambil masa 1,000 jam untuk disiapkan.

Beg tangan itu dihasilkan daripada kulit buaya separa berkilau, 10 hiasan berbentuk rama-rama diperbuat daripada emas putih bertatah berlian, batu nilam serta paraiba tourmaline seberat 130 karat.

Rekaan beg tangan itu diinspirasikan daripada laut dan firma itu bercadang mendermakan £711,950 (RM3.9 juta) daripada hasil jualan setiap beg tangan Parva Mea bagi membantu kerja pembersihan sisa plastik di laut.

Pengasas bersama syarikat itu, Matteo Rodolfo Milanesi berkata, beg tangan itu juga dihasilkan sebagai penghormatan kepada mendiang bapanya dengan memori mereka berdua menikmati keindahan lautan.

Matteo dan rakan perniagaannya, Carolina Boarini memutuskan untuk menghasilkan beg itu bagi membantu mening­katkan kesedaran orang ramai supaya menghormati dan memulihara alam sekitar.

‘Kami pernah menghabiskan masa pada setiap musim panas di laut antara Greece dan Turki. Saya berasa paling gembira ketika kami keluar menaiki bot.

“Namun, kami juga menemui beg plastik terapung di laut atau tompokan minyak” kata Matteo.

Beliau berkata, sejak ke­belakangan ini lebih banyak sisa plastik dapat dilihat di laut termasuk pelitup muka yang digunakan orang ramai semasa pandemik Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI