fbpx

Agong turut sedih kehilangan Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN ABDULLAH menzahirkan rasa sedih atas kematian Maradona sambil menyifatkan legenda bola sepak itu adalah pemain yang diberikan bakat menakjubkan. – FB ISTANA NEGARA

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan kesedihan atas kematian legenda bola sepak, Diego Maradona akibat serangan jantung di kediamannya di Buenos Aires, Argentina awal pagi semalam.

Istana Negara dalam satu ke­nyataan berkata, baginda menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, peminat serta rakyat Argentina atas kehilangan tersebut.

“Kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu dengan pemain bola sepak berbakat itu adalah di Zurich, Switzerland ketika Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA pada tahun 2017 dan ba­ginda kagum dengan karisma dan personalitinya,” kata kenya­taan tersebut.

Kata kenyataan itu lagi, minat mendalam baginda terhadap bola sepak dan penglibatannya dalam sukan itu di Malaysia dan peringkat global adalah sama seperti Maradona dan mereka berbual mengenai kecintaan mereka terhadap sukan tersebut.

“Pertemuan itu adalah memori­ berharga bagi Al-Sultan Abdullah dan Diego Maradona akan sentiasa menjadi pemain bola sepak kegemaran sepanjang zaman baginda dan dia akan dirindui,” ujarnya.

Maradona dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dan menjadi tonggak kejayaan Argentina pada Piala Dunia 1986.

Pemain itu juga berjaya me­raih kejayaan bersama kelab yang diwakilinya seperti Boca Junior, Barcelona dan turut membantu kelab Itali, Napoli menjulang dua gelaran Serie A pada penghujung 1980-an.

Menurut Seri Paduka Ba­ginda, Maradona adalah seorang pemain legenda yang diberikan bakat menakjubkan dan pemergiannya meninggalkan satu legasi hebat untuk dikenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI