fbpx

Tiada PKPD di Kampung Gunung Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maklumat yang tular di media sosial mengatakan Kampung Gunung Pulai, Johor Bahru dikenakan PKPD adalah palsu.

JOHOR BAHRU – Tiada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Kampung Gunung Pulai dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan menafikan PKPD dilaksanakan di kawasan terbabit seperti tular di media sosial sejak semalam.

“No (tiada) PKPD,” katanya ringkas.

Dalam mesej yang tular itu turut mengatakan kampung terbabit kini dikenakan ‘lockdown’ selama 14 hari dan tiada pergerakan keluar masuk yang dibenarkan.

Semalam, Vidyananthan memaklumkan terdapat 19 kes baharu yang dilaporkan semalam di negeri ini iaitu lima kes daripada kluster sedia ada, sembilan kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan lima kes daripada lain-lain saringan.

Katanya, angka itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 1,119 kes manakala 952 kes telah pulih selain 132 kes aktif yang kịni diberikan rawatan di hospital.

“Terdapat satu kluster baharu dilaporkan di negeri ini sejak kelmarin iaitu Kluster Kobena yang melibatkan daerah ini.

“Kes indeks merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif pada 20 November lalu. Sehingga semalam, 150 individu telah disaring dan 15 daripadanya dikesan positif Covid-19,” katanya.

Jelasnya, ini menjadikan 10 kluster yang aktif di Johor sehingga semalam melibatkan Kluster Kobena (mukim Tebrau), Kluster Kota Kecil (mukim Kota Tinggi), Kluster Makmur (mukim Kulai), Kluster Kiambang (mukim Tenggaroh) dan Kluster Parit Kassan (mukim Grisek).

Termasuk Kluster Jeri (mukim Sedili Besar), Kluster Meldrum (mukim Sungai Tiram), Kluster Bayu (mukim Bandar), Kluster Kempas (mukim Tebrau) dan Kluster Padang (mukim Ulu Sungai Johor).

Vidyananthan berkata, pengesanan kontak rapat dan ujian Covid-19 masih lagi giat dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah terlibat.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI