fbpx

MOTAC sahkan pegawai Tourism Malaysia positif Covid-19, Menteri negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengesahkan seorang pegawai Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawahnya, yang bertugas di ibu pejabat kementerian di sini didapati positif Covid-19.

MOTAC berkata, susulan itu, semua pegawai dan kakitangan kementerian yang bertugas di bangunan ibu pejabat di sini diarahkan menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.

“Bagi menangani penularan wabak Covid-19, bangunan MOTAC di Putrajaya telah disanitasi pegawai kesihatan pada petang semalam,” kata MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MOTAC, Kementerian Kesihatan turut mengesahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri bukan kontak rapat serta tiada kontak secara langsung dengan pegawai terbabit.

Selain itu, ujian calitan yang dijalani Nancy pada petang semalam turut mengesahkan menteri berkenaan negatif Covid-19.

“Untuk makluman, Nancy telah mengambil inisiatif proaktif dan menjalani ujian calitan pada pukul 5.15 petang semalam dan hasil keputusan itu adalah negatif.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan menjalani satu lagi ujian swab pagi ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI