fbpx
Maria dikecam selepas membuat kapsyen yang dikatan tidak sensitif dengan peasaan keluarga mangsa tembakan di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.

Dilabel tidak sensitif, Maria buat permohonan maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gara-gara dikatakan tidak sensitif dengan menamakan menu masakannya sebagai Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai, pengacara Maria Tunku Sabri hebat diselar pengikut Instagramnya.

Ramai menyifatkan personaliti televisyen itu tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa yang terkesan.

Hantaran Instagram yang dimuat naik Maria bersama kapsyen tersebut menerima kecaman hebat daripada warga maya semalam.

“Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai”

“Apalah nak jadi mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Malaysia-Thai. Mati syahid dalam menjalankan tugas demi negara, takziah buat keluarga,” tulis Maria dalam Instagramnya.

Rata-rata netizen menyelar penggunaan perkataan mati katak selain nama resipi yang digunakan Maria sebagai tidak sensitif selain memintanya untuk menyunting semula kapsyen berkenaan.

Melihat respons dan kritikan yang dihamburkan kepadanya, Maria, 44, tampil menjelaskan maksud di sebalik kapsyen tersebut.

“Saya hanya ingin menyampaikan berita terkini kepada umum dengan cara tersendiri, namun ramai yang salah faham dengan cara tersebut,” tulisnya.

Selang beberapa minit kemudian, Maria dilihat menyunting semula kapsyen yang digunakan selain membuat permohonan maaf andai niatnya disalah erti.

Kelmarin, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis maut ditembak sekumpulan penyeludup.

Kejadian tersebut menyebabkan seorang lagi anggota, Sarjan Norihan Tari cedera. – K! ONLINE