fbpx

Agong berangkat ke majlis perpisahan Duta Besar China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bai Tian

PETALING JAYA – Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Perpisahan oleh Duta Besar China, Bai Tian di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Bai Tian secara rasmi mula berkhidmat sebagai Duta Besar China ke Malaysia pada 28 November 2017 dan bakal menamatkan penempatannya di negara ini esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bai Tian atas peranan yang dimainkannya sepanjang perkhidmatan selama tiga tahun di negara ini.

“Seri Paduka Baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bai Tian atas usaha beliau dan khususnya kepada Presiden China, Xi Jinping di atas bantuan dan sumbangan berterusan yang telah dihulurkan oleh kerajaan China kepada Malaysia sejak negara ini mula menghadapi penularan wabak COVID-19 pada awal tahun ini,” katanya.

Hadir sama ke majlis tersebut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

China merupakan antara negara yang pertama yang menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada Malaysia.

Antaranya ialah dua juta pelitup muka, 120,000 pakaian pelindung diri (PPE) dan 200 ventilator serta menghantar lapan pakar perunding perubatan dalam usaha membantu Malaysia menangani pandemik Covid-19 di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI