fbpx
Gambar hiasan.

734 staf kesihatan dijangkiti Covid-19 di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Seramai 734 orang kakitangan kesihatan di negeri ini dijangkiti Covid-19 setakat hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, seramai 85 orang atau 11.6 peratus masih positif virus berkenaan.

“Jumlah yang sembuh adalah seramai 666 orang manakala 490 orang masih dalam tempoh kuarantin.

“Selain itu, kumulatif sebanyak 734 orang menunjukkan ramai kakitangan kesihatan di negeri ini turut dijangkiti,” katanya.

Masidi berkata demikian ketika sidang akhbar perkembangan semasa Covid-19 Sabah di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar sama, Masidi memberitahu, Sabah setakat ini sudah merekodkan sebanyak 84 kluster Covid-19 dengan 63 kluster dilaporkan masih aktif.

“Hari ini (26 November), sebanyak 13 kluster mencatat pertambahan kes baharu melibatkan 61 kes keseluruhannya.

“Sebanyak 21 kluster sudah ditamatkan dan antara kluster aktif yang menjadi penyumbang paling banyak jangkitan baharu ialah Kluster Telipok Ria di Tuaran,” katanya.

Menurut beliau, dua lagi kluster baharu turut dilaporkan pada hari ini di Sabah iaitu Kluster Blok 31 dan Kluster Bot Biru di Tawau yang masing-masing mencatatkan lapan dan enam kes.

Kluster Blok 31 dikenal pasti berpunca daripada majlis makan malam, manakala Kluster Bot Biru membabitkan kakitangan Pasukan Polis Marin (PPM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN