fbpx

Sukan permotoran bakal gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHROL (kiri) memohon KBS supaya membantu untuk mendapatkan kebenaran bagi penganjuran kejohanan perlumbaan dalam negara bagi mengelak industri sukan permotoran gulung tikar.

KBS diminta bantu dapatkan kebenaran perlumbaan

PERSATUAN Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MMRA) menuntut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membantu industri sukan permotoran dalam mendapatkan kebenaran penganjuran perlumbaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak mereka ‘gulung tikar’.

Presiden MMRA, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, perlumbaan yang dibatalkan atau ditangguhkan dijangka memberi malapetaka bukan sahaja kepada pelumba malah turut menjejaskan pelbagai sektor pekerjaan industri berkenaan.

“Umum sedia maklum bahawa pelumba dalam sukan permotoran juga atlet negara yang amat terkesan dengan penangguhan perlumbaan. Salah satu yang ditangguhkan adalah Malaysian Cubprix yang sepatutnya berlangsung mengikut jadual.

“Selain pelumba terjejas dari segi pendapatan, mekanik, kru, jurulatih, pegawai serta kesemua yang terlibat dalam sukan bermotor turut terkesan malah ada yang diberhentikan kerja kerana pasukan tidak mampu menanggung kos tinggi.

“Pemberhentian pekerja adalah disebabkan penaja tidak dapat memberi komitmen kepada pasukan sepenuhnya kerana perlumbaan tidak diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shahrol berkata, ketiadaan perlumbaan membuatkan penaja terpaksa menarik diri sekali gus menyebabkan sesebuah pasukan itu tiada sumber kewangan untuk membayar gaji pekerja.

“Penaja memainkan peranan yang sangat penting kerana pasukan sangat bergantung kepada penajaan tersebut bagi menjalankan operasi pasukan.

“Kami berharap pihak berwajib terutamanya KBS dapat membantu pasukan, pelumba, mekanik serta pekerja-pekerja dalam sektor ini dengan membenarkan perlumbaan diteruskan seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN.

“Ini sangat penting bagi sukan permotoran terus bernyawa dan pasukan tidak akan gulung tikar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI