fbpx

Pemain dram Alif & The Locos pula sah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajwan (paling kanan) yang merupakan ahli kumpulan The Locos bersama Alif disahkan positif Covid-19

PETALING JAYA – Seorang daripada pemuzik kumpulan Alif & The Locos, Rajwan yang mengiringi persembahan Alif Satar pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan pengacara Sherry Alhadad melalui hantaran status Instagramnya hari ini.

Rajwan berkongsi berita duka tersebut dalam Instagramnya hari ini.

“Salah seorang pemuzik The Sherry Show yang juga pemain dram Alif & The Locos disahkan positif Covid-19.

“Sama-sama kita doakan supaya @rajwan89 cepat sembuh,” tulis Sherry atau nama lengkapnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad.

Sementara itu, menurut Rajwan, 31, dia disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan (swab) kali kedua pada 23 November lalu.

“Buat pengetahuan semua, pada 23 November saya telah membuat swab kali kedua dan pagi tadi (semalam) pihak hospital mengesahkan positif Covid-19.

“Saya memohon doa daripada teman-teman semua agar diberikan kesembuhan,” tulisnya menerusi Instagram.

Pengurus Alif Satar & The Locos, Adlina Abu Bakar memberitahu, Rajwan melakukan ujian calitan kali kedua atas nasihat doktor kerana isteri pemuzik terbabit, Hafiza Safuan, 30, sedang hamil.

“Isterinya nak bersalin, justeru pihak hospital menyarankan dia melakukan ujian calitan sekali lagi demi keselamatan ibu dan bayi.

“Rajwan sebelum ni sudah buat ujian calitan pertama pada 21 November lalu dan disahkan negatif.

“Selepas disahkan positif, pihak hospital membawa dia dan isterinya ke Hospital Sungai Buloh, cuma isterinya diletakkan di wad bersalin kerana negatif Covid-19,” ujar Adlina.

Adlina, 37, berkata Rajwan dan Hafiza selamat menimang anak kedua mereka kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak sulung, Nur Raiqa, yang kini berusia tiga tahun.

Selain Rajwan, The Locos turut dianggotai basis, Efry Arwis, seruling/saksofon (Faliq Auri) dan pemain gitar (TamCobain). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI