fbpx

Pakai baju pekerja serbaneka untuk meragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK (duduk) diberkas orang awam selepas meragut beg tangan seorang wanita di Bandar Manjalara, Kepong semalam.

KUALA LUMPUR – Taktik seorang lelaki menggunakan baju pekerja sebuah kedai serbaneka bagi melakukan kegiatan jenayah ragut terbongkar selepas diberkas di Bandar Manjalara, Kepong semalam.

Suspek ditahan pada pukul 3.55 petang selepas cuba meragut seorang wanita yang sedang berjalan kaki menuju ke keretanya di Jalan 9/62A Bandar Manjalara.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek ditahan orang awam selepas mendengar jeritan mangsa ragut tersebut meminta pertolongan.

“Suspek yang menunggang motosikal itu cuba melarikan diri sebaik meragut beg tangan wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek gagal melarikan diri selepas motosikalnya hilang kawalan menyebabkan dia terjatuh sebelum diberkas orang awam,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan mendapati suspek memakai baju pekerja sebuah kedai serbaneka sebagai penyamaran untuk melakukan kegiatan ragut.

“Suspek tidak pernah bekerja di kedai serbaneka tersebut dan semakan mendapati, dia mempunyai 26 rekod lampau berkaitan jenayah.

“Suspek direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI