fbpx

Sultan Johor kurnia anugerah Datuk kepada empat individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim bergambar bersama Dr. Aman setelah berkenan mengurniakan anugerah DMIJ kepada beliau sempena Hari Ulang Tahun Baginda, di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada empat individu.

Menerusi satu kenyataan dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi baginda, majlis penganugerahan itu dikurniakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan Ke-62 pada hari ini di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Anugerah berkenaan dikurniakan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Salehuddin Hassan; Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu; Mejar Cina, David Wong Khoong Soon dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Avinderjit Singh Harjit Singh.

Menurut kenyataan itu, David Wong merupakan keturunan Wong Ah Fook dan dilantik sebagai Mejar Cina di atas perkenaan Sultan Ibrahim, September lalu.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI