fbpx

Kegiatan judi online di sebalik pusat snuker diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali bertanyakan sesuatu kepada pelanggan yang ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat snooker yang turut menjalankan aktiviti perjudian online di Seri Kembangan malam tadi.

SERDANG – Tindakan licik satu sindiket menyembunyikan aktiviti perjudian online di sebalik operasi pusat snuker tidak berpanjangan selepas polis menyerbu sebuah premis di Jalan BS 4/1, Seri Kembangan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam susulan maklumat serta risikan yang dilakukan dan berjaya menahan sembilan individu termasuk seorang lelaki yang berperanan sebagai penjaga kaunter.

“Pemeriksaan yang dilakukan mendapati premis berkenaan baharu saja beroperasi selama satu hari berdasarkan rekod di kaunter namun aktiviti perjudian online pula dikesan aktif sejak September lalu.

“Susulan serbuan itu, polis merampas 14 buah komputer riba, satu modem serta wang tunai berjumlah RM443,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Razali, sindiket judi online tersebut menawarkan permainan seperti roulette, casino, baccarat serta pelbagai permainan slot lain kepada penduduk tempatan di sekitar Seri Kembangan dan mampu mengaut keuntungan mencecah RM500 sehari.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki tempatan termasuk seorang penjaga kaunter serta tiga wanita tempatan berusia 27 hingga 51 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI