fbpx

Buruh maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang buruh maut selepas sebuah motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Lundang Paku – Beta Hulu dekat Ketereh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Che Hazli Che Mud, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Kampung Lundang Paku menghala ke rumahnya di Kampung Beta Hulu dengan menunggang motosikal jenis Honda EX-5.

Katanya, sewaktu tiba berhampiran Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat di sini, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya.

“Insiden itu dipercayai berlaku ketika jalan licin akibat hujan sehingga menyebabkan motosikal mangsa terbabas ke bahagian kiri jalan.

“Mangsa terjatuh daripada motosikal dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM),Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Tambah Mohd. Zamri, jenazah Che Hazli sudah dituntut oleh pihak keluarganya untuk urusan pengkebumian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI