fbpx

Arak habis cecair sanitasi pun jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua petugas perubatan memberi rawatan kepada seorang pesakit di sebuah hospital di Rusia. - The Siberian Times

MOSCOW – Tujuh orang maut selepas meminum cecair sanitasi tangan gara-gara kehabisan minuman beralkohol di satu parti di Rusia, lapor The Sun UK semalam.

Dua individu lain kini dalam keadaan kritikal dan koma di hospital selepas peserta parti itu dikatakan meneguk bahan kimia di Tomtor, timur Rusia.

Tiga mangsa pertama ialah wanita berumur 41 tahun, dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 59 tahun.

Tiga lelaki lain meninggal dunia kelmarin dan seorang lagi mati semalam.

Sebuah rumah dipercayai lokasi parti dan kejadian meminum bahan sanitasi di Rusia. – The Siberian Times

Menurut laporan, selepas tiga kematian pertama kaki parti, enam mangsa lain segera diterbangkan menggunakan pesawat perubatan ke bandar Yakutsk.

Badan pemerhati kesihatan awam persekutuan berkata: “Sembilan kes keracuan akibat sanitasi dilaporkan termasuk tujuh daripadanya maut.”

Pihak pendakwa raya negeri di wilayah itu menyatakan: “Keracunan berlaku disebabkan perbuatan meminum sanitasi.”

Gambar menunjukkan satu botol berisi bahan sanitasi tangan. – The Siberian Times

Beberapa laporan mendakwa, peserta parti minum bahan sanitasi yang mengandungi 69 peratus metanol selepas kehabisan minuman beralkohol.

Satu siasatan kes jenayah sudah dibuka dan pihak berkuasa kesihatan menasihatkan penduduk supaya jangan meminum bahan antiseptik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI